Search This Blog

Oct 30, 2013

Hugs and kisses - Sebenarnya saya isteri dia

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya dan juga kerana "perkahwinan jarak jauh".

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga dan tenang. Isteri akan merasa lebih selamat apabila berada dalam pelukan suami.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri.

2. cium dahinya selalu
3. belai lembut rambutnya
4. sentuh wajahnya
5. gosok lembut lengannya
6. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
7. gosok lembut perutnya yang bakal mengandungkan dan melahirkan cahaya mata kamu.
8. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

9. puji masakan isteri ( i like this haha)
10. sentiasa berjemaah dengan isteri dan ciumlah dahinya sesudah selesai bersalam. ( i love it)




Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya. Isteri sgt suka bila suami memeluk mereka dari belakang dengan spontan, seakan-akan bergurau mesra... (awwww so sweettt)


Tidak dinafikan ada juga para suami yang rimas dan menganggap perkara itu remeh dan tak perlu, tapi sebagai seorg suami siapa lagi anda nak peluk kalau bukan isteri, ibu dan keluarga.

Isteri kamu adalah yang HALAL untuk mu, jadi jangan sia-siakan isteri kamu.... 
Isteri kamu dari tulang rusukmu...
Isteri kamu adalah tanggungjawabmu, suami.

Wallahua'alam....


p/s: dah lama draft post ni, harini baru berkesempatan untuk settle kan post ni..hihihi. Esok 31/10/2013 :)

No comments:

Post a Comment

surat-surat untuk ku... hihi