Search This Blog

Oct 30, 2013

Hugs and kisses - Sebenarnya saya isteri dia

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya dan juga kerana "perkahwinan jarak jauh".

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga dan tenang. Isteri akan merasa lebih selamat apabila berada dalam pelukan suami.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri.

2. cium dahinya selalu
3. belai lembut rambutnya
4. sentuh wajahnya
5. gosok lembut lengannya
6. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
7. gosok lembut perutnya yang bakal mengandungkan dan melahirkan cahaya mata kamu.
8. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

9. puji masakan isteri ( i like this haha)
10. sentiasa berjemaah dengan isteri dan ciumlah dahinya sesudah selesai bersalam. ( i love it)




Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya. Isteri sgt suka bila suami memeluk mereka dari belakang dengan spontan, seakan-akan bergurau mesra... (awwww so sweettt)


Tidak dinafikan ada juga para suami yang rimas dan menganggap perkara itu remeh dan tak perlu, tapi sebagai seorg suami siapa lagi anda nak peluk kalau bukan isteri, ibu dan keluarga.

Isteri kamu adalah yang HALAL untuk mu, jadi jangan sia-siakan isteri kamu.... 
Isteri kamu dari tulang rusukmu...
Isteri kamu adalah tanggungjawabmu, suami.

Wallahua'alam....


p/s: dah lama draft post ni, harini baru berkesempatan untuk settle kan post ni..hihihi. Esok 31/10/2013 :)

Oct 4, 2013

Bawang merah bantu melebatkan rambut?

Assalamualaikum fellas...

nak share something :D

Rambut sering kali gugur setiap kali selepas bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 

Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru. 

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru? 

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala. 

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru: 

Menggunakan jus bawang merah yang mentah: 
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi. 

Menggunakan campuran bawang merah dan madu: 
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?