Search This Blog

Jul 18, 2013

Tak Usah Bicara - Dayana & Ashraf

Bagi aku, hanya wanita yang menjatuhkan seorang wanita lain....

Hasil nukilan dari Ana Hawana

*****************************************************************************
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...




Sedih.... mintak dijauhkan dari perkara sedemikian...
Hanya wanita yang memahami wanita... dan hanya wanita juga lah yang akan menjatuhkan wanita...
Benar kita tak tahu pokok pangkal cerita, tapi..siapalah rela dimadukan dengan cara sebegini... Nauzubillahi'minzaliq..

Semoga Dayana tabah menghadapi ujian ini...amin.

2 comments:

  1. ye encik Carlos Santiago, saya dah mention kat atas tu hasil nukilan Ana Hawana tq

    ReplyDelete

surat-surat untuk ku... hihi