Search This Blog

May 21, 2013

tolong jangan tiru aksi ini !!!

Pastikan apebila anda di office... jangan lakukan aksi ini sekiranya anda tidak yakin !!!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


oppssss ada org la kat blakang hahaha

hehehe tetiba merah padam muka... haaa ni la makan dia kalo dah syok sndiri kat opis..wakakaka naseb bek yang lalu kat blakang tu boss aku yang sporting haha.. kan dah kena bahan free2 arini..adehhhh.... 

disebabkan akibat tekiri dan tekanan yang dihadapi, maka untk menghilangkan tekanan tekiri serta kebosanan..maka berinstagram lah kita.... hahaha.....sabauuuu je lahhhh 


p/s: ~~ ini semua poyosssssss !!!!! HAHAHA

May 20, 2013

Perkahwinan Jarak Jauh - PJJ

Lumrah pasangan yang berkawen inginkan suami atau isteri sentiasa di sisi.. nak merasai nikmat perkahwinan yang diidamkan slama ni... nak melayari kehidupan bersama walau dalam keadaan susah mahupun senang...

Sape yang tak nak kan bila bangun pagi-pagi, insan tersayang ada depan mata ...bila malam insan tersayang ada kat sebelah temankan kita ..buatkan sarapan untuk suami tercinta...masak untuk dia... lagi2 ni dah nk dekat puasa...tak kan lah dia nak kena beli makan bazar ramadhan cam time dia bujang dulu kan... 
salam tangan suami bila nak pergi kerja ...sakit pening kita dia sentiasa ada menemani . Sape yang tak nak kan ??

Tapi, disebabkan lokasi keje yang berlainan aku kat putrajaya dan dia kat ayer keroh melaka... maka bermulalah PJJ - Perkahwinan jarak jauh... memang lah putrajaya ke melaka tu dekat je dalam 3jam lebih tapi kalau dah 2hari sminggu je balik rumah melaka tu kan dah x tak sama  dengan tinggal sebumbung..iskkk

Ada ke yang paham situasi aku ni.. kalo hari bekeje pegi keje balik umah sorg2..dia pn kat sana pegi keje balik umah bujang lagi ..takde sape nak sambut depan pintu... huhu

Aku dah pun mohon pertukaran ke mana2 jabatan or kementerian yang ada kat melaka tu khusus nya dekat ayer keroh...lepas ni akukena usaha lagi, berdoa dan terus berdoa mohon Allah makbulkan doa2 aku supaya aku dapat tukar ke ayer keroh... insyaAllah amin... 

Dah byk artikel yang aku bace mengenai PJJ neh... mmg kena tabah dan kuat imannya... bagi aku mmg betul kalo PJJ ni paling penting ia lah KEJUJURAN..diselangi dengan KESETIAAN, KEPERCAYAAN, KESABARAN, KOMUNIKASI YANG TAK PUTUS, BERTOLAK ANSUR dan MEMAHAMI.... 


antara beberapa tips yang aku google...


TIPS 1: SENTIASA BERHUBUNGAN
-Pastikan korang sentiasa berhubung dengan pasangan SETIAP HARI. Jangan miss satu hari pun. Kalau sebelum kahwin pun korang tak pernah miss kan, apatah lagi lepas kahwin:D. jangan kedekut melabur duit pada henpon korang untuk telefon pasangan korang. Paling cikai kekerapan tu pun at least setiap pagi korang wish good morning dan setiap malam sebelum masuk tidur korang wish good night.


TIPS 2: LUANGKAN MASA BERTEMU
-Dalam seminggu tu at least sehari cuba curi2 masa untuk jumpa pasangan korang. Dalam sebulan tu cuba curi -curi sehari atau 2 hari untuk bertemu pasangan. YA! kadang kala faktor kerja jarak menjadi punca permasalah pertama untuk berjumpa, tapi untuk orang yang korang sayang apa salahnya korang berkorban masa dan duit untuk jumpa pasangan korang. Paling minimum, jikakorang rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Beri peluang untuk korang dan pasangan melepaskan rindu.:)


TIPS 3: JUJUR
-Bersikap jujur dengan pasangan korang. Sekali korang berbohong, seribu kali anda teringin nak buat lagi. Jangan jadi kan faktor jauh bersama pasangan sebagai alasan untuk berbohong. pasangan tak tahu, tapi tuhan tahu. kan kan? bersikap jujur walaupun ianya pahit. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan korang. Jika korang buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan korang kan tahu juga akhirnya.


TIPS 4: VIDO CALL/ 3G
korang boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing ataupun perkhidmatan 3G. sekarang ni dah ramai dah menggunakan aplikasi android seperti whatsup,liner,viber jadi gunakan aplikasi berikut untuk membuat video call pada pasangan. Tak dapat bertemu di depan mata asalkan lihat mereka di dalam screen handphone pun cukup untuk mengubati rindu korang pada pasangan.


TIPS 4: BUAT KEJUTAN
Sekali-sekala apa kata korang pulang ke rumah pasangan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Pilih muzik jazz yang romantik dan sediakan menu kegemarannya untuk korang berdua menikmati temujanji yang lebih intim dan privasi. Kejutan seperti ini boleh mengubat rasa rindu dan menguatkan rasa sayang.


TIPS 5: PERCAYA
 Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah PERCAYA kepada pasangan korang. Percayakan pada  ikatan perkahwinan yang telah korang sendiri bina. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya dan rasa kasih sayang yang tidak bertepi terhadap pasangan korang  Jika korang mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan korang turut akan mempercayai korang jua.


InsyaAllah.. we can do this...together...

p/s: mr fuzi..pls stay close to me... :(

May 15, 2013

Hari Ini Genap 65 Tahun Penubuhan Negara Haram Yahudi


Hari Ini Genap 65 Tahun Penubuhan Negara Haram Yahudi


15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun.


Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.



Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.


*p/s : kurang lebih 2 mingu je lagi sayang huhu