Search This Blog

Nov 1, 2012

Pengumuman: 'Seabad Mendaulatkan Islam' di Istana Kubang Kerian

Tuanku Sultan Muhammad Ke-V, Sultan Kelantan.



ASSALAMUALAIKUM WTH... PENGUMUMAN buat semua rakyat jelata samaada di negeri Kelantan, Malaysia @ di mana shj... AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan MEMBUKA PINTU ISTANA NEGERI, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat jelata selama 35 HARI bermula esok 01 Nov hingga 06 Dis 2012 bagi memeriahkan Ekspo MAIK sempena ulangtahun ke 100 penubuhannya...

Ekspo bertemakan 'Seabad Mendaulatkan Islam' mensasarkan 100,000 pengunjung.. Pihak MAIK sebenarnya mencadangkan lokasi lain utk ekspo ini tapi Tuanku Sultan menitahkan agar ekspo ini diadakan di Istana Negeri...ia satu SEJARAH krn rakyat jelata semua DIJEMPUT ke Istana bermula jam 9 pg hingga 6 ptg setiap hari..ratusan artifak bersejarah akan dipamerkan spt replika rumah & pedang RASULULLAH SAW dsb nya.. 

HOS PENYIAR majlis ini ialah TV ALHIJRAH dan pelbagai program utk pengunjung bersama pihak TV ALHIJRAH jg diadakan.. sbg tanda cakno utk golongan 'saudara baru',org asli & golongan kurang mampu pula, sebanyak 40 gerai jualan turut disediakan di halaman istana termasuk gerai pameran/jualan dr agensi kerajaan & swasta...cuma utk pameran dlm istana anda diminta menanggalkan kasut & beg plastik khas akan diberi kpd setiap penunjung bg menyimpan kasut... 

TUANKU SULTAN MUHAMMAD V akan merasmikan pameran ini esok jam 10 pagi...jd apa tunggu lagi sekelian rakyat jelata,sama-sama lah kita jayakan sasaran 100,000 pengunjung ini di samping itu secara tak langsung kita sebenarnya MENGHARGAI budi ikhlas Tuanku Sultan yg dikasihi yg berkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian utk rakyat semua...


Bertuah saya mjadi seorg rakyat dibawah naungan Tuanku, Allahuakhbar !!!


JUNJUNG KASIH TUANKU..!!
AllahuAkhbar !!

Sumber: Warna-Warni DiRaja Kelate

No comments:

Post a Comment

surat-surat untuk ku... hihi