Search This Blog

Apr 29, 2012

disini tanpa kamu..tiga pintu turun..

harini layan lagu ni je.. lagu ni agak sedih.. tajuk dia here with out you ..
mengisahkan seorg lelaki yang merindui kekasihnya yang x kunjung tiba.. kekasih dia duk jauh dari dia.. mgkin dia ngn kekasih dia gado pastu kekasih dia pergi tinggalkan dia..smpai la dia meroyan tulis lagu ni tuk kekasih dia..
dia pegi mana2 pn dia asyk teringatkan kekasih dia tu je and dia kalo blh nk ulang balik kemasa lalu time dia ngn kekasih dia tgh bahagia dulu..


im here with out you baby.. but u're still on my lonely mind..
i think about you baby.. and i dreamt about you all the time..

dia tido pn smpai mimpi2 kan kekasih dia sbb rindu yang amat.. dia taknak lupakan kekasih dia wlau sesukar mana pn hidup dia... dia jatuh demi pertahankan cinta dia pada kekasih dia tu...hurmm.

lagu ni best.. tapi aku smpai skrg xtaw nape nama band ni 3 Doors Down?erkkk msti ada sebab musabab nape dia letak nama tu as band dia kan?kalo dimelayukan nama band dia tu jadi, 3 Pintu Turun..hahaha tp quite unic kan...tp lagu ni best jgk layan... layan sunyi, layan suram ..errr penyanyi dia ensem jgk..hehe..ape2 jelah..

kat bwh ni lyric and video lagu dia.. :)


Here without you  - Disini tanpa kamu

A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face
A thousand lies have made me colder
And I don't think I can look at this the same
But all the miles that separate
Disappear now when I'm dreaming of your face

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind
I think about you baby
And I dream about you all the time

I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight it's only you and me, yeah

The miles just keep rollin'
As the people leave their way to say hello
I've heard this life is overrated
But I hope that it gets better as we go, oh yeah yeah

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind
I think about you baby
And I dream about you all the time

I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight girl it's only you and me

Everything I know and anywhere I go
It gets hard but it won't take away my love
And when the last one falls, when it's all said and done
It gets hard but it won't take away my love, whoa

I'm here without you baby
But you're still on my lonely mind
I think about you baby
And I dream about you all the time

I'm here without you baby
But you're still with me in my dreams
And tonight girl it's only you and me, yeah oh yeah oh

** lagu ni takde ditujukan buat sapa2....tp cam biasa, pesanan khas penaja .. by syg abg..im sorry..

Apr 25, 2012

apa pn jua


im so stressed out.. why cant i live my life in peace ?
i'll never get away with problems ..
guess all of tis is tests from Allah ..


im hopeless.. useless.. no good person..

no strong words or big words to describe my feeling now.. nothing !

im giving up hope...

p/s: abg esk by gerak gi penang..miss u.. 

berperang dgn perasaan

ni bukan cite battleship, ataupn the avenger or perang2... ni cita tentang hati dan perasaan..
kadang2 aku rasa mcm nora elena.. berperang dgn perasaan dia sndiri.. byk yang dia pendam kan dlm hati.. walaupun seth tan tu hensem mcm incik tunang aku erkkk tp ada jgk masalahnye..
im feeling unsecure.. tah nape aku tak tahu.. mcm2 perasaan dah berkarnival dlm hati aku ni.. ape ingt funfair ke nk karnival bagai.iskkk.. aku tak nak berfikiran negative sebb negative tu tak elok.. kita kena berfikir terbuka dan positive sokmo ok..**mcm la aku slalu fikir positive ufhh**

im okay eventho im not really okay but i think im okay and will be okay even things arent okay .erkkk deheck???erghhh abaikan... aku kena faham situasi, kena memahami sume nye walaupn aku tak paham dan kadang2 aku rasa mcm aku sedang menyelesaikan masalah add maths cam algebra,index number dan mencari X erkk

erkk kalaulah ia semudah ini dlm mencari jawapan X tu...huh tp gile la klo jwb cmni dlm exam kompem2 fail
pagi2 lagi dah buang masa kat blog ni. .keje baru setel sikit jek.. ada lagi 8 jam sebelum hbs waktu bekeje..sakit otak stresss yang amat !!!!!! sayang jgn pernah berubah !! huhu

so mimi udah2 ler tu ngulau.. buek la keje cepat2...

p/s: rindu nk ckp ngn abg tp ure bz :(

Apr 23, 2012

antara toner dan moisturizer hihi

memang btl ape umi aku cakap..mmg susah nak puaskan hati semua org.. mesti ada je perkara lain jadi..
kita rasa kita buat benda betul dah.. tapi sebenarnya apa yg kita buat tu sedikit sebanyak blh jadi salah paham pada pihak lain..

bila kita lakukan kesalahan tu, org automatic akn judge kita bad ass and memang susah dah nk gain back the trust.. tapi, masalahnya, kadang2 org yg buat kesalahan tu la cepat sedar dan bertaubat berubah akan kesalah dia ..tapi org lain terus terusan condemn kesalahan yg lalu dia buat tu je.. x adil la mcm tu ..

aku takut betul la kalau ada perkara yang aku buat or cakap tu didouble meaning kan oleh stgh pihak,. aku memang takut gile kalo pkara yang aku buat or cakap tu disalah ertikan or disalahpahamkan iskkk sebab aku dah cuba tuk jadi baek dgn sume org kot.. tp tak leh gak.. sbb tak sume org suka kat kita n tak sume org kita suka... haah mmg ada org yang aku tak suka..tp kalo aku tak suka org tu mmg aku lansung tak akan tegur org tu..sebab malas nk bengkek hati ngn org yang aku tak suka...siyesly..

aku ni memang bukan seorg yang baek, tak reti nk jaga hati org, emo tak tentu pasal, sensitif bagai... mgkin tu aku akui..tapi aku cuba gak tuk berubah dan jadi lebih baik.. member aku penah tikam aku dari blkang, penah dajjal kan aku, dorg fitnah aku bagai.. tu sume dah ckup buat aku serik... pastu tak kan aku nak buat benda yang sama pada org lain? takde motif kot aku nk jadi cam manusia2 jahanam yang penah nk jatuhkan aku... selagi aku mampu, aku kan jaga frenship aku baik2.. aku tak kan kacau org tu selagi org tu tak kacau aku...

salah faham lagi la aku takut btl kalo nk buat sumtin tu..sebab tkt kang org lain yg dituju, org lain yang terasa.. tak kira perkara apa aku buat baik keluarga, incik tunang dan kawan2...kat lua aku mana ada kawan sgt, dunia aku berkisar diantara aku kuarga aku dan keje aku, kwn2 dlam fb je ramai yang btl2 baik dan aku sayang bape kerat je pn...boleh bilang ngn jari.. contohnye aku amik nama short form je la.. SRH, BQ, NAS, JB, PB, RA and few more tp not more than 10 person yang aku blh trust dlm tu..

pening pale aku 2-3 ari ni mikir kan benda yang takde kaitan ngn kerjaya aku pn..erkk.. tapi byk fikir benda yang di sekeliling aku.. lagi mana nk pikir pasal cream kat muka nk pakai yang mana dulu.eerkk..hahaha klakar la plak bila ingt balik.. aku sorg je ke macam tu ke ada lagi gadis2 diluar sna yang tak taw perbezan antara toner ngn moisturizer hahahahahaha naseb baek aku ada tnya BQ sbb aku taw dia byk knowledge pasal bab2 tu.. aku memang jarang sgt nk care pasal face care ni ..sebab dlu mcm boyish sikit so malas nk amik taw.... even dah keje pn malas gak nk care sgt pasal face care smpai lah tahun lepas tu rasa cam i need a change hahaha then start beli brg2 penjagaan muka bagai.. skrg ni aku dah jadi suke sgt nk shoppe barang2 gitu..heheheheh...

dah byk sgt masa aku ngulau harini.. free je takde keje sgt..rasa mengantuk yang amat jugak td.. lepas gi cuci muka baru la ok sikit..tp still tak byk keje..agak nye market tgh slow skrg ni.. after pikom fair pn takde back order..iskkk mati aku nak hit target bulan ni 1.2mil kau! lagi ada 6 hari...tension siot... tp nk wat camne.. dealer2 aku sume jammed stock dah..sian dorg..erm xpelah.. pulun gak insyaAllah harap2 sempat la nk achieve target bulan ni..insyaALLAh... **walaupn aku online ni keje akudah siap jgk cuma takde keje sgt jehuhuhu**

lagi 2 hours to 6pm...nk balik.. huhu ngantuk jer ngn ecod yang sejuk neh... hurmm... whatever it is, i think i should behave my self dan think about other as well.. yeah like i always did..huhh. we cant expect people to like and understand us coz "Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang, itu tanda bahawa kita sudah ada di hadapan." senyum dan jangan susah hati... ingatlah, Allah bersama hambaNya yang bersabar keranaNya.. :)

Terima kasih kawan-kawan! Kamu memang terbaik!
Aku bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik, kawan-kawan yang boleh mendorong aku ke jalan yang baik, kawan-kawan yang ingin membantu aku di saat aku perlukan, kawan-kawan yang ada disaat aku gembira dan yang ada disaat aku perlukan mereka.

last but not least, I Love All my Friends !

Akan aku doakan kesejahteraan kawan-kawan aku yang aku sayang. Tidak kira anda di mana. Tidak kira anda buat apa sekarang. Tidak kira baju apa yang anda pakai.

p/s: kempunan nk mam pizza ngn abg..ngeeee

Cinta Illahi, ku mencintai dia kerana Allah..

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.


Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.


Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.


Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.


Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?


Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.


Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.


Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat.


Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.


Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.


Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.


Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.


Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang lain..


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.


Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.


Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”


Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********


Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.


Wallahua'lam...

source: Unknown

Apr 22, 2012

best ke kalau ada kakak?

assalam..

maka dengan yang sedemikian, harini hari ahad.. aku keje arini.. tapi cam biasa..takde keje sgt selain dari online facebook dan buat report.. cool tak? tp terhad pada hari ahad je..sbb ahad HQ kat subang offday kan.. so masa dari kul 9 pagi sampai kul 6ptg aku manfaatkan dengan sebaiknya **iaitu online,bace paper dan rilex2~like a boss gitu**

then this coming 26th april my dearest only sister cik nina akan pulang ke pangkuan keluarga buat seketika dari pengajan the matrik reloaded dia tu.. *nape rasa cam ayat skema jek.erk lantaklew*
so me and my dad n my grandatuk akn pegi amik dia kat kepala batas tu nanti..means aku kena travel lagi..adoiii baru je travel 2 mingu lepas kena jalan2 lagi...erkk kan best kalo incik fuzi pn ikut same..iskk

ok la..speaking of my adik and my only adik pmpuan ni.. dia ni mmg kalo balik rumah mmg nk conquer sume dari bilik aku hinggalah bilik air..erkk abaikan yang tu.. tp kadang2 best jgk ada adik pmpuan ni.. dpt share things kan..dia pn selalu share story mory ngn aku pasal hal dia... aku pn selalu sibok nk amik taw tentang dia especially love life dia... aku prihatin bab tu sbb aku kena jaga dia baek2.. tp so far sume benda dia cite kat aku, kakak dia yang baek hati dan bertauliah ni..hahahaha ... ada benda yang aku skong dan ada benda yang aku sangkal habis2an... takpe aku perabih duit untuk dia blajar asalkan dia cemerlang dan berjaya dlm education dia.. **pasni nina, ko tak payah nk pnjam PTPTN ke, MARA ke ...nanti aku je yang sponser ko..tp kena ikut terma dan syarat2 yang akan ditetapkan lah hahhaa tp kalo ko dapat scholarship lagi, Alhamdulillah berkat ko ngaji sungguh2**

me left, nina n my beloved ummi :)
 untung la dia ada kakak cam aku.erkk puji diri sndiri jap tp kadang2 terfikir jgk..kan best kalo ada kakak.. i mean aku ada kakak..huhhhhh aku ada abg je n abg aku tu xleh arap pn erk  dapat jgk la aku share2 perkara ngn best2 ngn dia...best ke ek kalo ada kakak???

things that i wanna do with my kakak IF i have one:-
~ dapat pnjam brg2 dia..hahaha
~ dapat pegi shoping sama2..
~ dapat mintak duit kat dia..
~ dapat gosip2 ngn dia.. *cool*
~ dapat share masalah ngn dia *for now..aku takde sape nk share mslh kcuali pd incik tunang sobs3*
~ dapat abg ipar yang best2 *nnti blh paw dia haha*
~ dapat ajak teman aku pegi jogging..hukhukhuk
# tp tu sume angan2 jek..tak mgkin aku akan ada kakak kandung untuk semua itu... cuma, aku rasa aku kena jadi kakak yang cam tu pada adik2 aku...hurmm *matila kalo hari2 dorg mintak duit ngn aku.iskkk

org kata the bestest BFF is our own sister kalo yang pempuan nye lah.. err tp skrg ni antara aku ngn adik aku nina tu mcm kuceng parsi ngn kuceng siam phm? masing2 nak show whos the boss ~of coz la aku kan aku kakak...hahahaha tp aku akan perbaiki skill 'ke-kakak-an aku ni ...sebab....skrg ni aku rasa im too harsh on them.. i mean im too garang kot..pastu aku pantang btl kalo dorg menjawab neh ..kalo menjawab ngn aku takpe lah..ni kalo dorg mjawab ngn umi aku..mmg kena la belt ke towel ke kat badan tu haa... kejam? tak kot.. ada la cara2 dia kan.. huhuhu..

time paycheck lagi la best.. especially nazim tu my youngest brother...asal ujung bulan je suh aku belikan cd muvie terbaru.. tp hari2 buat hal ngn aku...iskk tp dah nama pn adik kan....nak xnak kena turutkan jgk selagi tak membebankan aku..erkk

KALAU aku ada kakak im pretty sure me and 'kakak' aku tu gonna have a relationship that is so cool and awesome... but however , i DONT have one.. but im the KAKAK here so i have to be a good kakak for my adik2 kan.. especially nina... hurmm eventho we both slalu argue and sometime she is sooooo irritating and annoying ..she is still my little sister and i love the fact that im being a good sister, so far..errr..

tak kira how irritating, annoying, intractable, stubborn or wat ever...she;s the only sister i had and i have to take care of her sampailah she'll get married **of coz its still a long way to that time oke**

nina on left, me right hihi ;p
just want her to knw that, i love her and i'll always be there for her... hurmmm even after i got married pn..hehehhehehe

p/s: kan best kalo abg dpt cuti n ikut by pegi amik nina same2..huk3

rindu ku...

kerinduanku

Jika Kamu RINDU Seseorang..

Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”


p/s: by rindu abg :(

apa yang saya inginkan.....


you
i just wanna get married to my bestest best friend...
i wanna talk to him forever because he gets me and honest...
i wanna listen to him till i fall asleep...
i wanna make him laugh and laugh at him...
i wanna be his nurse when he's sick..
i wanna accompany him when he's watching his favorite muvie or dragonball *eventho i dont really llike dragonball.

i want to be by his side when he succeed... and when he doesn't...
i want to force him to eat my homecooked meals and desserts *eventho he doesn't like them. don't care*
i want to be at home to greet him when he comes back from work or from elsewhere..
i want to be the mother of his kids..our kids..
i want to be led by him when praying....

#Marriage=Love#


InsyaAllah...

p/s: ive promised my promises and i will keep my promises as what ive promised..erkk.. *dpt jgk abg tgk dragonball hrini ek..hihihi

Apr 19, 2012

kan hensem abg pakai serban tu..

alahai sayang... sejuk mata mandang... tak taw plak incik tunang saya nampk hensem bila berkopiah berserban..hihihi
abg x penah cite pn kat saya pasal gambau ni... tup2 kuar kat FB..terkejut saya taw!hahahahah


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

























>>>>>>>>>>>>>>>>>>
alamakkk skali tersilap orang lah ! wakakakakka agak poyo entry aku kali ni... harap maap.. gambau diatas tidak ada sebarang kena mengena dengan incik tunang saya iaitu incik fuzi hassan.... gambau tersebut adalah bukan milik tunang saya...tetapi milik seorg yang tidak dikenali sgt namanya... wakakakakkakakakaa...

takdelah...korang yang bace entry ni jgn termuntah lak kang ckp aku ni ngade2 la, gedik la bagai.. sume ni sekadar gurauan bayangan jek hehehe
tapi bagi aku..aku kenal siapa dan camne tunang aku..dan dgn yakin nye..aku admit ada sedikit keseirasan disitu *gambau tu* especially tang senyuman dia ngn mata dia yg terkatup time senyum hahaha aku taw la penah tgk tunang aku senyum kambing camni sbb tu ada iras2 cikit... hhihihi


tapi maap lah.. xde lak gambau yang nk dicomparekan tu..sbb time dia senyum tu aku takde lak amik pic..hhihihi

sesungguhnya..entry ini dibuat atas dasar kesukaan pada aktor tersebut dan kesayangan yg amat pada incik tunang saya...

p/s: abg tgk ni jgn kembang idong lak taw.. hihi love u incik Fuz!

Apr 18, 2012

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

LOVE eachother right..

Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.


Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

 

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.


Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda
Jadi kepada kaum lelaki juga, jadilah lelaki yang disenangi oleh pasangan anda

p/s: thanks for the lovely moments spent... love u my mr fiancee

Apr 12, 2012

Aku, Wanita dan Bola sepak


Assalamualaikum...
my one and only team

2-3 mingu ni aku banyak berbicara pasal bola sepak..baek dlm negeri atau luar negara... tp aku memang ambik berat tentang bola sepak tempatan lagi dari luar negara... secara jujur.. untuk bola sepak luar negara tu aku bukan la die hard fan sgt pun..tp sekadar 'ada' team favorite...
Team favorite aku untuk luar negara ialah Manchester United, QPR Rangers (sbb MAS pnya hhihi), Barcelona (sebab ada Messi yg pantas) dan Real Madrid (sbb ada CR yg pnuh dgn skills)
Team forever favorite aku untuk tempatan pulak smestinya Kelantan The Red Warriors !!! Selamanya TRW!


Skrg ni cikaroo2 pempuan2 pn dah suke tgk bola, dah minat tgk bola... tp, suke n minat tgk bola sbab apa?? adakah sebab pemain2 yang tak berapa  hensem gile beraksi kat padang atau pun sebab memang minat dgn skill dan kebolehan yang mereka ada dan keterujaan bila tgk dorg sumbat gol???

Terus terang pada aku, aku senduri dulu tak suke bola..sbb?lambt sgt nk tungu gol ..tp that's the point!!! kesabaran n cabaran sepanjang masa 90min tu...atau pn sepanjang 120min perlawanan.. itulah sebenarnya yang membuat aku teruja nk tgk bola sepak.. .tak dinafikan sebab ada segelintir players yang hot and spicy yg aku minat, contoh Apex hihihi, CR, Messi, dan De Gea..ahaks...

Kita pmpuan bukan bersorak semata2 tgk player encem masuk padang.,.tp aku sendiri, keterujaan terserlah kat situ nk menantikan perlawanan berlansung.. lgpun , tak baek pmpuan bersorak2,dosa taw..hihihihi...
Tapi ada jugak segelintir peminat2 pmpuan ni suke sgt nk tunjuk yg dia 'cool' sebab minat bola dan sebagainya.. takpe..sebab aku pn minat bola jugak..tp so far rasa cam xde nk menunjuk2 sgt kot.. nk maki2 team lain bila kalah tu normal lah..tp ada batas hahaha kita nk kuarkan kata2 ni kena hati2... tak ke naya xpasal2 kita dapt dosa sbb ckp yang x sepatutnyakan.. .pastu sikap sarcastic dlm sesuatu perkara tu pn normal lah.. rata2 lelaki suke pd pmpuan yg minat bola, dan ada jugak yg x suke... kita minat bola jgn sekadar minat semata2... tp tak taw rules permainan, basic knowledge about the game.. apa itu fouls, apa itu panalti, apa itu freekick, apa itu offside dan sebagainya.. kita sorak2, minat2..tp tak taw apa sebenarnya Bola Sepak itu sendiri... aku dulu, mmg taw taw ape pn pasal bola, yg aku taw, asal sumbat gol je sorak..asal team aku suke menang je heboh kat mana2 laman social..tp tu dulu..skrg, semuanya aku dah tahu dan paham..and that makes me more interest and love football/soccer ... it's such a fantastic game to watch.. u have to have courage, spirit and patient to watch a football games... not only screaming like u know what exactly happened when u're eyes see wat u wanna see...erkkk btl ke ayat aku ni..cam tunggang langgang je..hahahahaha  well, dispite all that, wanita yang suke bola sepak, itu Awesome !!!

Cuma ape yg sedih nye, ramai rakyat di malaysia ni lebih mengagung2 kang team luar negara aku pun support jugak tp takde la melampau2..isk berbanding team dlm negeri... sedih mmg sedih ..
Pastu pulak pihak atasan bola sepak negara kita pn lagi makin nk menghancurkan arena bola sepak negara ngn kerenah2 dalaman yang amat menyakitkan hati... .korang bayangkan lah.. .dari ranking  79 pd tahun 1993 menurun dengan mendadak start pada tahun 2009 pd ranking ke 160... pastu naek kejap..n then turn balik pada akhir 2012 sehingga sekarang kita pada ranking 156 !!!!! bangla pn lagi bagus laaa...tak kan korang nk tgk bangla yg duk keje buat bangunan kat msia ni duk atas kita pada ranking dunia...malu beb...amat lah memalukan !!

Baru2 ni TSAM kritik or tegur kita pnya skuad harimau... tapi apa beliau dapat?? digantung 2 tahun 6 bulan... lepas tu..skrg ni, paper tunjukkan kedudukan malaysia pada tahap camne... haaa skrg, bukan betul ke apa yang TSAM suarakan tu???? dah memang jelas prestasi skuad harimau semakin menurun.. tp rajagobal dan FAM macam tak nak berpijak dibumi yang nyata.... bila Tengku Abdullah nak jadi org tengah...tegah,bantah la bagai..sbb apa? sebb takut Tengku Abdullah berpihak pada TSAM??? huhhh macam2 lah.... harap sgt team skuad kita lepas ni boleh tingkatkan prestasi jgn cepat galak dgn kemenangan yg x seberapa tu.. kita juara AFF cup...juara asia...pertahan kan title tu atau tingkatkan lagi title2 yang ada!!!

Hurrmmmm frust memang frust..tapi, apa yg kami rakyat mampu lakukan... cuma bagi skongan tak berbelah bagi pada team negara dan club2 negeri.. untuk team luar negara tu, especially team aku MU tu aku tak kesah sgt menang ke kalah ke...sbb bukan ada kaitan ngn negara aku Malaysia ni pn..cume kalo dorg menang itu 1 bonus buat aku, tersenyum lebar..hahahah kalo dorg kalah..tak kesah pn... taknak jadi cam sesetgh fan yg taasub sgt ngn team2 luar negara neh..... **Euro cup dlm 56hari je lagi..haha kalo aku larat aku tegk..x pn tv yg tegk aku..kekekekek**

skrg ni..gara2 kes TSAM ngn FAM, kat FB siap ada fan page Presiden FAM sila letak jawatan !!! lagi kau... haaa dorg ni mmg protes hbsan la kot kan... well, kita yg xde kuasa ni just dpt tunggu dan lihat je...
harap Rajagobal do sumtin untuk naikkan balik prestasi skuad harimau kita for future..so that kite takkan berada diranking yg memalukan itu (for the record: 156 world ranking )

Enough of mumbling... me just saying my 1cent point of view... this entry were never meant to anyone/anything/anywhatever lahh....

GOMO KELATE GOMO!
GLORY MU GLORY!


p/s: kerinduan pada incik tunang ku mr fuz... smlm MU kalah la ngn wigan..sob3 tp Klate menang 3-1 ngn arema hahahhaha

Apr 4, 2012

saya chubby, tp saya sweet! salah ke?

assalamualaikum... hollaaa!

sebenarnye kan...saya kan........... saya kan........ saya suka makan... hari2 saya makan.. saya makan makanan yang saya masak.. tp kebanyakannye saya umi saya yang masak, saya masak time weekend and time cuti jek... sbab kalo hari weekdays saya keje.... balik rumah dah kul 7mlm dan kadang2 kul 8 baru balik..so nak masak sgt lah malas tak sempat..tp kalo masak2 bese mcm mask roti ke air ke tu mmg la saya akan buat.. erm begitulah cerita saya... **sila baca dgn nada suara Nabil dlm cite Bujang terlajak, time kaseh**
saya masak rendang ayam dgn pulut ketupat hehe

saya mmg suka makan..tp dalam masa yang sama..saya suke sgt nak kurus...erkk cmne tu? ermm dulu, saya penah buat 1 keje yang kurang cerdik huhuu... masa tu saya btl2 nak sgt selim macam siti nurhaliza sbb dulu2 masa skola mnengah kwn ckp sy ada iras siti nurhaliza. tapi malangnye usaha x jadi... smpailah saya stat keje ni.. bila dah setat keje ni , dah pegang duit sendiri so paham2 jelah..asal nk je mesti beli...xde dah masak2 (time tu lah) tp skrg ni umi control....xleh nk beli makn sgt...
dlm pale saya ni skrg, bila sy tgk makanan..automatically macam ada 1 cart kuar kat depan mata showing me the list of mcm "kalau ko amik benda ni kalori dia gini2..kalo ko mkn menda ni lemak dia gini2..kalo ko mkn yg ni protien dia cmni2" haaaaaaa mcm tu la..mcm ada cart n ada suara halus yang dok membisik kat tinger aku... ermm ok, back to my cerita tadi... dulu saya kalo lepas makan, mesti akan muntahkan balik... tak caya!!??? betullllll.. tiap kali lepas makan mesti akn muntahkan balik... hasilnye mmang saya kurus waktu tu...time tu sekitar tahun 2007-2008 kot... time tu dah keje dah...so mmg saya jadi kurus lepas tu... selim gitu kaw..ngeeeee tapiiiiiiiiiiiiiii... saya selalu sgt sakit.. my mom suh gi chk ... then i went la to medic check.. well..as u all dah boleh agak kan.. hurmm doc ckp kalo saya teruskan jugak kidney saya akn rosak!! sbb perbuatan saya tu...badan sy have to pay the consequences ... uhuhuhu

tapi............ nape saya buat sume tu dulu????

sebabnya... sebab ada stengah2 orang yang suka membuli dan mengutuk kami yg chubby ini !!! ya memang saya gemok. x bape lawa sgt macam siti nurhaliza...tapi kitorg pn ada hati dan prasaan taw!! ckup lah mereka2 dan si labi2 nya tu perli2 n kutuk2 org2 yang seangkatan ngn saya..time skola ..skola mnengah sume time stdy...ape??bukan dorg pn yang bagi makan kat saya kan kan?? huhh.... kalo nak diikutkan... saya takde lah gemok sgt kira ok la ngn ketinggian saya yang berketinggian 169cm model pn tinggi tu je jgk tapi dorg suke2 hati nk kutuk2 nk hina2... memang sampai bila2 pn tak kan maafkan sesapa yg perli, ngata n kutuk 'aku' waktu tu.... Mereka apa tahu??? saya aku (xde saya2 dah, aku terus je skrg,panas2) penah tnya pada mama tok..nape dlm kuarga ni kebykan family badan 'best2' je..org klate pangil badan 'kasar2' blaka.... solid (puji diri sndiri hihi) bukan nk bermegah..tp mamatok cakap... belah mamatok aku ada darah arabic kau.. haaa tak caya?tak suruh pn pcaya.... tp itulah hakikat nye.... arwahnye atok pada mamatok aku org arab..kawen ngn org klate ore kampung sireh... tu sebab la ada genetik2 hormon yang kearah ke-arab-ian cikit....ok??? huhuhuhu tp org xtaw sume tu.. orang reti hina, kutuk..perli, nganyim... rasa nak sepak je atas muka sekor2... pastu nk cakap.."yg ko sebok nape? ko ke yang bagi aku makan,yg bayar nasik aku makan hah mangkuk jamban??" ~ tapi aku ni kira baik hati la jgk.. bila org cakp aku macm tu... aku cume mampu senyum je...siyes... aku senyum je... rasanya x penah melenting (kalo melenting pn blkg2, hempas file bagai) ...

Manusia skrg mmg suke jaga tepi kain org..sungguh aku cakap... mmg sejak azali lagi kot camtu ekk??? korang bayangkan... dpn2 muka neh.. blh gi tnya "ehhh ko skrg aku tgk dah macam badak air dah gemok skrg..ko mlantak lembu hari2 ke??hahaha"  - you all jgn x caya..ADA yang cakp smpai sedemikian rupa taw... (tp bukan kena pada aku,alhamdulillah kalo x aku lembukan je manusia camtu)
Suka hati mak bapak tiri jiran sebelah umah nenek pakcik spupu spapat aku lah nk chubby ke, nk makn ke, nk montel ke nak kurus ke skalipon, ape ada hal bukan mintak duit kat sape2 mintak simpati kat sapa2 pn.... salah ke kalo chubby?????

tu la..aku selalu beringat, kalo bercakap tu mulut tapis sikit... lepas tu..cube jadi insan yang berhati perot dan jgn smpai org cop mulut longkang sbb kutuk2 perli2 org yang chubby, gemok neh... aku boleh bet yang majoriti mak2 u ols sume pn ada sedikit berisi..so apa perasaan korang kalo ada org panggil mak kau tu gemok...cakap mak ko gemok... mrah x??? melain kan ko anak yg xde hati perut, mesti korang marah kan...? so mcm tu la seumpamanya....

Pempuan amat sensitif ttg berat bdan..siyesly aku cakp.. mmg sensitif.. hanya suami yang boleh menegur pasal berat badan seseorg wanita... nape aku cakap mcm tu? sebab, bagi seorg wanita, seorang isteri.. jauh dlm sudut hati dia, dia nak nampk cantik anggun di mata suami... dan dia akan berhabis semata2 untuk mejaga diri utk suami dia (majority lahh, termasuk ngn aku skalu) hahahaha...

home made nasi briani :D

So, pada aku... kau kau aku aku... cmtu la... takde salahnya montel, chubby, berisi sikit.. asalkan kesihatan terjaga ...xde sakit2 kronik pada diri tu... yang paling penting, syukur...syukur atas apa yang Dia kurniakan... kita ckup sifat, ckup makan, ckup pakai...syukur ngn nikmat diberi... menghina seorg manusia lain seumpama menghina tuhan....sebab setiap manusia tu diciptakan oleh Allah swt...
for the record, currently aku pn dalam diet program..alhamdulillah harap2 mnjadi la...hihihihi atas skongan padu oleh my incik tunang tercinta.... thanks abg ! nanti kita beli Herbalife tu ekkk.. ngeeeeee....

hurmmm sama2 kita renungkan, dan selama beramal....

~ pesanan khas penaja, by puasa sambil diet...heheh abg pn nti kena diet ekkk erkkk muahhh sayang abg ketat2 #MrFuzi#

Apr 2, 2012

Saya Ada Kamu...

Dan sebenarnya saya dan kamu adalah saling melengkapi..

Assalamualaikum..
betul kata orang, bila dah bertunang ni, banyak sangat dugaan yang akan datang.. kadang dugaan tu yang menguatkan lagi ikatan..apa pun dugaan yang datang antara pasangan itu, harus kuat, harus bersama sama berbincang, harus saling memahami, harus bertolak ansur, harus buang rasa keras hati, harus fikir masa hadapan, harus fikir maruah kaluarga, harus selalu ingat impian yang pernah di bina dahulunya, harus mendoakan kesejahteraan masing masing ;')

walaupun dalam tempoh yang agak lama menanti untuk ke jinjang pelamin, tapi bila semuanya berjalan dgn lancar insyaAllah dgn sendiri masa tu akan berlalu cepat... 
banyak persediaan perlu dibuat..diri harus bersedia untuk memikul tanggungjawab seorg isteri pada bakal suami...diri harus kuat dan sedia untuk sentiasa menjadi seorg isteri dan wanita solehah disisi Allah dan suami... 

Jangan pernah juga timbulkan perkara2 yang sudah..yang lepas... terima lah dengan seadaanya diri skrg dan pimpinlah untuk masa depan.... 
Yang dulu hanya tinggal sejarah... yang sekarang adalah kenyataan yang saya tunang kamu..dan yang menanti ialah ijabkabul dan masa depan kita bersama.... 


kekurangan ku kekuatan mu... 



**cuba untuk tidak mnangis smasa entry ini ditulis,tp ia gugur jua.

Jangan Menangis Baby...

Maka pada hari semalam, ketika beta sedang hendak tidur.. terdgr lah jiran sebelah rumah punya radio head yg memasangkan lagu dgn agak kuat ...sehingga mengangu ketenteraman beta untuk tido...
tapi akan demikian...tibe2 kedengaran sebuah lagu yang agak slow moving..eh bukan..slow song yang seingt beta dinyanyikan oleh Safura ngn Oney kot... ermm bukan ape..sume bila dgr lagu ni, mcm kena lak ngn situasi semalam beta yang agak kesuraman gitu... almaklumlah..beta ni amat sentisif dan emo org nya..dan semalam..segala nya macam tak kena.. adakah ianya hanya perasaan beta atau ianya adalah satu kebetulan yg disuratkan? huhh..paham?xpaham? xpe..beta sndiri pn tak paham...
apa yang boleh beta simpulkan disini ialah, selain dari jiran beta yang memasang lagu sekuat gempita dan mengangu tido beta, lagu tersebut juga telah membuatkan beta menangis dan akhirnya lenaku dalam tangisan gitu haaa.. xde lah..gurau jek... xpelah..tanpa melengahkan masa lagi..meh sama2 kita menghayati lirik lagu tersebut yang telah membuatkan beta tersentap smlm..... huhuhuhu

Dont Cry Baby... (terjemahan: Jangan menangis sayang)

Sampainya hati mu 
Buatku tertunggu-tunggu 
Kemana kau sayang 
Tidur malam tak menentu -
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati 



p/s: lagu ni xde ditujukan buat sape2...tp seperti biasa, pesanan khas penaja,,,,by sayang abg sgt2~