Search This Blog

Jul 22, 2011

dan terus menunggu


Dear Diary,

Its 11.59pm at the time i wrote tis entry... and yet, he's still not home from work yet :(
ive been waitin for him since 9pm... today he received my post.. theres sumtin that i posted to him...he said he will open it at home after work...

Till now its midnite still not coming back... i felt kinda upset a bit coz, ive waited for him since tis evening... im so excited to wait for him to open the package... yet till now...hurmmm....

I felt unappreciated...im sad...very sad.. and again im crying for tis crap... i hate this feeling... i hate it so much....

I understand if its about work..but, hurmmm im just sad...dont knw why...

Better off to bed...

p/s: abg, by mngntuk n sakit pale tunggu abg.. im sorry... i love u...

Jul 14, 2011

sesuatu yang menggangu diri ni


Dear Diary,

harini dari pagi sampai ke sekarang kerja aku dok siapkan report je.... siapkan tender... siapkan kertas kerje la bagai.. huhu so much to settle... ini pun aku take five kejap berehat sebentar bersama Kit Kat ( eerkk arini aku posa ganti, iklan je tu)

pagi tadi kejap aku sempat tulis sepatah dua kata tentang ketidaktenangan hati aku.. huhu.. tak ckup ngn itu, tambah plak aku tengah wisau tentang nenek aku a.k.a mama... mama ada kat penang sekarang nie, and jumaat esk pagi2 kena buat operation sebab ada batu karang kat buah pinggang dia... aku sedeh sebab aku tak dapat nak balik penang jenguk mama... aku rindukan dia sangat2.. makcik call kata mama nampak lemah dan tak bermaya..dia nak semua anak2 cucu dia pergi penang tp aku tak boleh cuti lagi sekarang atas urusan kerja.. aku dah mintak cuti ngan bos tapi dia berat hati nak approve (mmg x approve pn) tapi aku faham sebab skrg ni pun keje berlambak... aku ngn dia je tingal nak setel benda2 tu pn.... so kat opis aku kadang2 susah nk dapatkan balik momentum kerja aku... kena amik masa untuk aku focus dan buat kerja... aku nak sangt pegi tgk mama kat penang tu... tp apakan daya... :'(

sebab lain yang mengangu diri dan fikiran ku jgk sbb apa yg aku post aritu... sebb pertama yelah pasal kejer aku..tp aku bersyukur sebab sekurang2nye aku ada kerja kan compare others yang masih menganggur.... insyaAllah aku akan lakukan kerja aku ngn baek... haizzzzz....

semalam lepas text my incik.. gi mam ubat and terus tdo..bgn2 dah kul 6..dah agak lewat tuk subuh..pas siap smyg tertdo balik huhu (ujan nye pasal hehe)... but then! bila aku bangun, aku ada receive msg dari seseorg ini... bila aku baca msg tu.. tibe2 rasa sebak jek..huhu siyes i tell u... sebabnya... aku dah salah faham..pasal post yg aku mention kat atas tu jgk la... time tu.. dlm hati ni hot, sbb ingt org dah taknak kawan ngn aku.. huhu so aku pn rasa cam down kot..iskk.. penah rasa camtu dlu time high school... kawan bek sndiri tikam blakang and kenakan aku, malukan aku lagi..aku kan ingat sampai mati kot.. and smpai skrg pn aku tak maafkan bekas2 kawan aku tu..nama masing2 pn aku ingt lagi.. so sbb tu bila masuk bab kawan ni..aku ckup serius dan sensitif..sebab aku kawan bukan nk semntara je.. kalao boleh lepas masing2 kawen beranak pinak pn still lagi nak kawan... setengah org tak kan faham dan takkan pernah tahu perit kot kalo kawan dajalkan kita... hanya yang pernah lalui je yg paham.... so dalam bab tu, aku sebak bila hamba Allah tu msg aku camtu...(emo lebey, sbb dlu pn join geng emo gak isk3) ... pape pn mintak sorry jgk dekat hamba Allah tu...aku salah faham jek... aku fikir yang dia tak nak kawan ngn aku dah..tu yang aku tacing sikit huhuhu arap2 sume nye ok lah pasni.. insyaAllah...

ermm takat ni jelah dlu kot... dah pening pale dah nk ngadap screen ni lama2....
bubyeeeee dear diary.........

p/s: abg by ingt esk nk ikut umi gi penang..erkk ;p

salah faham

arini aku busy sangat2... tapi aku ada nak luahkan sumtin...

sat2 lagi ah aku update...

haizzzzzzzzzzzz keje aku ni betul2 memeningkan aku... huhu



adiossssssssssssa!

Jul 12, 2011

takde mood , and rimas


haah seperti tajuk diatas aku memang tengah tak ada mood, rimas, nk marah, bosan dan annoyed.
kenapa? entah, terlalu banyak faktor2 yang menjadikan aku macam ni..

salah satunya ialah pasal kerja... work load yang semakin bertambah...dengan gaji pulak yang tak berapa xxxxx sangat, aku rasa cam aku wat keje amal kebajikan jek...

keduanye, pasal hamba Allah sorang ni... dlu siap aku jadi follower dia bagai.. tp bila aku nak masuk jalan2 kat blog dia, permission denied lak.. hamba Allah tu kena invited aku baru boleh aku jalan2 kat blog dia... cam hape jek... dlu bukan aku follow die ke ape..now camtu lak...??? bosan ahhhhhh...

seterusnya pasal incik abam aku.... aku windu gile nak jumpa dia kot... tp terpaksa kena sabar lepas raya baru leh jumpa...kadang2 aku tension n tertekan bila ada rakan2 dok post gamba ngn pakwe2 dorg, tunang2 dorg, hubby dorg.... aku iri hati tau... tp aku pasrah je.. kalau ini jalan yang Dia bagi pada aku, sekurang2 nya kami dok jauh dpt mgelakkan dari melakukan perkara2 yang tak diingini..insyaAllah.... tp aku still lagi tak puas hati sbb windu kat dia hhuhu... aku rasa kecik hati bila org lain berbicara tentang kekasih hati mereka..uwaaaaaaaaaaaaa... aku juga punya kekasih hati bah..cuma jauh jek...

pasal bersih pn rimas gak..sebab gile banyak post2 and page2 yang tumbuh lepas perhimpunan bersih tu.... boring duh! nko nak najib turun so that anwar gile tu boleh jadi perdana menteri??? ahhh scumbag ahhh...moron kot kalau plan engkorang camtu... apesal buta hati sgt pn tak tau ar.... banyak kot page2 yang tahape2 mmg semak kan pale otak aku bila aku on fb....tp aku onlie jugak fb sbb mmg dah rutin kot..haihsss tp kejap2 je arr.... keje diutamakan dlu..dah setel sume baru leh online oke..hehehehehe

sedang aku nulis entry ni, tiba2 aku rasa sangat mengantuk... haizzzzzzz lambat lagi nak blik nie...huhuhu.........

Jul 4, 2011

Adab 'making love' suami isteri dalam tuntutan ISLAM



Membicarakan tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.

Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.

Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan “kebenaran’ kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai.” (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu

“Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati”.

“Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh.” (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

“Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta”.

Tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.

Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata:

Suami wajib menggauli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.

Suatu malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya:

Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya.

Rupanya suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.

Dari kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri.

Seorang sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:

“Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan.”

Rasulullah saw bersabda:

“Bagi kamu melakukan jima’ (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala.”(HR. Muslim )

Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:

“Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula”.

Hadis ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam hubungan suami isteri.

Setiap pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.

Sunat

Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.

Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing.”


Makruh

Makruh melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

Haram

Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya:

“Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.

Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.

Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.

Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.