Search This Blog

May 8, 2011

Kisah Gadis Itu : Mengapa semuanya terjadi?

Di suatu ketika

abang: Hey pompuan, cepat sikitla! ingat kau sorang je ke nak guna bilik air, aku pun nak mandi jugak..berangan lah tu

adik : kakak ni sibukla, orang nak tengok kartunla..beli la TV sendiri

Mak: Abang, tolong temankan adik nak cari buku dia, abang: ah..malasla mak, biarla dia pergi sendiri, bukan dia takde kaki nak berjalan

Mak: ni apa masak nasi macam ni? bubur ke nasi ni? berapa banyak air kakak letak ni?..ayah kau marahla macam ni..haii, memang tak boleh harap langsunglah ada anak dara macam ni

Ayah: Ayah sibukla kakak, takpela, kakak dah menang anugerah tu kira baguslah, ayah tak dapat datangla, ajak mak ke abang pergi tengok

Di suatu ketika

Lelaki ajnabi: Tiap kali saya bangun je dari tidur, awak la orang pertama yang muncul dalam fikiran saya

Lelak iajnabi : Siapa yang dapat awak memang lelaki yg sangat beruntung, awak cantik, lembut, sporting...

Lelak ajnabii: Eh, saya tak kisahla, awak punya pasal saya mati pun takpe, baru je 20 minit saya tunggu, saya faham jalan jem, jangan la risau ya

Lelaki ajnabi: (SMS)I miss you so much

Lelaki ajnabi: (SMS) Jaga diri bebaik taw..

Lelaki ajnabi: (SMS)awak, awak sayang saya tak?..

Lelaki ajnabi: Mengenali diri awak merupakan perkara paling indah dalam hidup saya awak tau tak

Di suatu ketika yang lain pula

Ayah: Anak tak mengenang budi! Kau conteng arang kemuka bapak kau ni..mana aku nak letak muka aku ni ha? Aku hantar sekolah ugama pun tak menjadi apa-apa langsung pada kau..Hisshhh..kalau aku ikutkan hati aku ni…!!

Mak: Kenapa la kakak buat macam ni, tak ingat Tuhan ke? Tak ingat mak ayah ke? *Selama ni apa yang kurang kami bagi pada kakak? * kakak kan solat..

Abang: Halau je dia keluar dari rumah ni..memang tak guna punya pompuan..biar jadi jalang je terus

Adik: Mengandung tu macam yang ada baby dalam perut tu ke?

*Selama ni apa yang kurang kami bagi pada kakak? *

1. Kasih sayang,

2. Rasa Hormat dan Dihargai

3. Pujian , Perangsang dan Semangat

Kesimpulan dan Peringatan:

Sayangi, hormati dan hargai saudara perempuan kamu dan anak perempuan kamu. Bersikap adil dan berperikemanusiaan pada mereka. Kepada ibubapa, pupukkan semangat ‘We are one team/ Kami adalah sebuah pasukan’ dalam jiwa anak-anak. Bajai nilai-nilai dan semangat membela dan toleransi sesama anak lelaki dan perempuan. INI BUKAN bermaksud memanjakan mereka berlebih-lebihan. Tetapi bersikap adil dan bertindaklah sebagai manusia islam yang beriman.

Kebanyakkan remaja perempuan yang datang dari latarbelakang keluarga yang harmoni, perhatian, dan kasih sayang yang terisi dengan adil, tidak akan mudah CAIR dengan pujuk rayu lelaki ajnabi kerana diri mereka tidaklah dahagakan perhatian, pujian dan penghargaan kerana segalanya itu telah pun mereka perolehi dari kalangan keluarga sendiri

.

No comments:

Post a Comment

surat-surat untuk ku... hihi